Skip to main content

Salam Aidiladha 2012



Assalamualaikum sayang-sayangku sekalian :)
Maaf lah agak terlewat yg banyak untuk buat entry pasal raya aidiladha.hehe.Maaf tapi takpa,cerita tetap cerita.hehe.Pada hari kejadian iaitu sambutan hari raya aidiladha Eka dan keluarga hanya sambut di sini shja tak balik kampung pun.Kami beraya bersama keluarga disini sahaja.Pagi-pagi bangun mandi sunat kemudian melangkahkan kaki ke masjid Nurul Yaqin utk menunaikan solat sunat aidiladha.Alhamdulillah ramai jugak yang hadir di masjid tu.:) Semua orang tahu apabila kita menyambut hari raya aidiladha mesti akan muncul difikiran kita lembu "korban" tetapi pada hari itu takda korban lembu dijalankan,mereka tunda tak silap ke hari sabtu sebab Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari jumaat.:) 

Sesudah menunaikan solat di masjid Eka & mama menikmati masa bersama dengan makan lemang bersama-sama. Kemudian Eka ambil keputusan utk menghantar sedikit lemang dengan rendang & serunding kepada En.K di office sebab pada hari itu dia kerja.kahkahkah :D kesian tak makan lagi sebab kedai semua tutup.hehe.Dia pakai bju melayu haritu.@,@ Kebetulan pulak pada hari itu adalah hari jadi En K.hehe.Alhamdulillah hari jadinya jatuh pada hari raya haji :)) Sesudah smpai rumah Kak Allya pun dah smpai.hehe.Plan pada haritu adalah akan melawat Auntie Ma,so saya dan kak Allya teman mama ke sana ziarah menziarahi.hehe.seronok bila kita datang ke rumah sedara mara kita bergelak ketawa bersama,berkongsi cerita itu ini.Alhamdulillah mereka semua sihat.Syukur.:))

Hari Raya Aidiladha tahun ni sangat simple & pada masa yang sama rasa gembira dalam hati sebab dapat berkumpul satu keluarga.Pada sebelah malam pula mama jemput En K makan dirumah,so dia pun datang tapi segan nk mkn.Tapi terpaksa makan jugak :p kihkih.Lepas selesai makan saya & En K keluar utk mngambil angin kemudian balik rumah.Alhamdulillah,hari itu berjalan dengan lancar walaupun ada dugaan sedikit  dan akhir sekali saya nak ucapkn :



"Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin & muslimat,minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada buat anda semua terasa.Minta ampun.Assalamualaikum.:) "

Popular posts from this blog

Kahwin oh Kahwin!

Kalau ckp pasal kawin siapa yg tak suka?Mestilah semua org suka kan lagi lagi yg tgh menaip ni haa.Pantang kalau bukak bab kawin dgn bdak bdak rumah dia Ya Allah bukan main seronok lagi.Senyum smpai ke telinga mmbayangkn betapa seronoknya kawin tu.Tapi dlm bayang bayang tu ada jugak terfikir tentang tanggungjwab yg perlu dan wajib dipikul nanti setelah bergelar isteri.Bukan suka suka hnya pada hari majlis perkahwinan tapi slepas majlis tu kena difikirkan jugak.Bila fikir tentang kawin pelbagai tanda tnya sering bermain dkat minda ni haa."aku dah ready ke?" "aku muda lagi blh ke kawin?" "mak aku bagi ke tak aku kawin?" "kalau aku kawin nnt mak aku sorg sorg jela dkt rumah,siapa nk jaga dia?" "klau aku kawin aku blh ke jlnkn tanggungjwb sbgai seorang isteri?" "kalau aku aku kawin adkah family sbelah aku dpat menerima seadanya suami aku nnt?" "kalau aku kawin mcm mna family sebelah suami aku,blh ke trima aku prngai aku yg su...
YAYYYYYY ! STOK TEATOX DAH RESTOCK !! Kaih kaih naa mai pakat order, stok dok ada dah kt tgn kami ni.hihi. Mai naaa, sapa kat Kelana Jaya or Shah Alam meh lah whatsap kaih 😘😘  Jangan lupa tau ! Siapa yg rasa nak kurus kan peha ka, nak turunkan berat badan, boleh cuba TEATOX DA BOMB kami ni ! Siapa nk join Postage boleh terus whatsap ai okay, jgn malu jgn segan. Nak cantik, nak sihat mana boleh segan kan? hehe. Jom cekidautttt nombor kat bawah utk whatsap utk order teatox. Hotline +6013.622.2082 / +6013.622.2082 / +6013.622.2082 #sayajualtea #teatox #detox #skinny #skinnytea #skinnyteatox #whiteningtea #whiteningteatox #mimpimika #teamimpimika #kurus #fatburner #vegan #getfit #organic #oliveoil #positivevibes #flowertea #flowerteatox  #organicsoap #oliveoil #oliveoilsoap #facesoap #veganbreakfast #positivevibes #breakfast #mimpimikatips #sayajual #skinnylegteatox #teatoxmalaysia #teatoxmurah #mimpimikatips #agenmimpimika

KACAU

Assalamualaikum ! Selamat petang ! Okay harini nak review pasal buku ni haa. Scary kan muka depan dia? Yes totally menakutkan jugak sebenarnya. Buku ni seronok sangat sebab writer dia berjaya buat saya macam masuk ke dalam buku ni sekali & imagine banyak gila benda. Seriously part, ketawa mengilai, part lirik ulek mayang, part menari etc, part seru "benda" tu menggunakan jawa punya lagu/mantera phewhhhhh goosebump okay! *eksaited sikit. Terus terang saya cakap,saya beli buku ni hari Rabu, rabu petang mcm tu start baca sikit je, dah rasa dah best dia tu. So after dah setel solat etc semua terus sambung yang tak reti nak berhenti dah tu sebab apa? Haa sebab buku ni best, cara penulisan dia seronok sgt. Sempoi jugak lah. And semalam saya dah habiskan baca buku dengan jayanya. *bangga.hihi.okay dah. Saya sendiri mengaku, lepas saya baca buku ni saya takut untuk tidur malam dah, saya takut nak duduk rumah sensorang dah, saya takut nak balik ke bilik sendir...