Skip to main content

Bercuti ke Krabi Part 1

Assalamualaikum uollls

Ya Allah bersawang habis, semak semak daun smua dah bersepah ni. Nampak tak betapa lama gilaaaaaaa blog ni tak terjaga, kekurangan kasih sayang blog ni. Ciannnn iye ye.hehe. Alriteeeee since it's a brand new year of 2016 so let's get started with a new hot topicccc.hahah. Tak hot sangat lah derrr. Nampak tak title gua apa benda? Bercuti ke Krabi kan? Haaaaaaaa kat sini lah gua nk cerita breakdown budget gua ke sana utk honey to the moon. Gituhhhh! Malu ai yu know.kikiki. So lessegooooo! 




* Hotel & Flight dah dibook awal awal *
Hotel Princeville Spa & Resort - RM 1793.68
Flight AIr Asia - RM 800++( kut lah, terlupa.mahai gilaa maybe sebab pick season kutt )







DAY 1

Ktorg amik taxi je dari rumah ke Klia 2. Flight pulak amik pkul 12.50pm. Jauh jugak nak ke gate dia pun.haha. Sis sabar. Dtg awai, ktorg pi meronggeng & makan kat situ lepas drop luggage etc. Sedang elok je, lpas makan terus checked in masuk dalam. Lepak kat dalam pulak tunggu punya tunggu. Akhiranyaaaa detik tu dah mai dah.hahah. Yayyyy ktorg nk berlepas dh, ta syabarrrr. Dalam sejam setengah je nk ke Krabi tu, tak lama mana pun, time pergi tu rasa masa kejap gila.

Masa ni dah lepas drop luggage & Otw nk makang



Sampai sampai je dkat airport Krabi tulepas dh amik our luggage tu terus ke kaunter kat tepi belah kanan tu utk amik TAXI ke Aonang harganya adalah 600bhat = RM60. 



Lepas dah bayar taxi & beli simcard kat sini. Terus naik van yg beso tu. HAHA padahal 2 orang je yg naik.kikiki

Oh yaaaa! Lepas bayar taxi tu terus ke kiosk True Move H untuk beli simcard sana, pergi kat situ then sales girl tu tanya stay berapa hari then ada package dorang, since gua stay 5 days so amik lah pakej 5 days utk 140Bht = RM14 sajo bayar weh untuk UNLIMITED DATA. Kau ghase?hahaha. The best is memang coverage everything super best & laju tau. So simcard beli satu je, then share utk 2 orang guna hotspot jeww senang.


Taxi ni dia akan hantar sampai depan hotel kite tau jangan takuit okay gegirl? Ktorg stay dekat Aonang bukan dkat Krabi Town sebab baca review banyak suh stay Aonang sebab lagi meriah katanya. MEMANG PUN!! Tak menyessal kayyys. Dari airport nk ke Aonang tu tak jauh mana pun, setengah jam or maybe boleh sejam bergantung pada traffic time tu. Lpas dh sampai hotel, dalam hati tu meronta ronta gedik gedik cakap cantikkkkk gilossss.hahah betul betul depan beach hokayyy! Hotel tu memang best lahhh sebab lebih kurang centre of everything.WEEHOOOO!


Lepas dah checked in hotel & masuk bilik tu, amik amik gambar bilik dulu. Enjoy gambar, amik guna tepon je.hahah


 Ini bilik Deluxe ktorg amik / Room No.1308


Otw nak naik ke bilik, no lift ye.Tangga sajo tingkat 3.kahkah


 Bilik semua dah best cantik semua elok dah.hehe


Ada orang tengah intai luar bilik mngadap apa.HAHA ngadap pokok & sikit je bahagian pool.




Setel letak beg etc terus keluar & jenjalan dekat area Aonang Street(sesuka hati je bagi nama) kahkah. Ktorang mencari tour agent yang boleh bagi the best price, the best offer utk ktorg berdua. 


** Btw ktorg pergi BUKAN guna mana mana agency ya. Ktorg pergi sendiri semuanya**


Lepas dah jenjalan dengan hangat terik baq angggg, dengan tak bawak sunglass ke sunblock ke topi pantai ke apa.hahah Gua gamble dengan laki gua.KAH! Taraaaaa ktorg jumpa satu agent yang boleh lah bagi harga yang berbaloi for both of us. Ktorg pilih "Stronger Travel & Tours" .  Pakej apa yang ktorg amik?

1. Phi Phi Island
2. Rafting & Atv
3. 7 Island
4. Taxi to Airport 


Haa ni lah rupa ticket ktorg utk setiap pakej ktorg amik

Lepas dah setel segala booking ktorg terus nak makan sebab kelaparan hokay.haha. So we decided to go to Lamon  Restaurant sebab baca review kata situ makanan dia sedap & HALAL hehe. So ktorg amik Tuk Tuk utk kesana since dia jauh sikit dari hotel. So naik tuktuk 100BHT pergi sahaja. Balik tu ktorg sesaje nak try naik bus 2 orang hanya 40BHT. Balik hotel & rest kejap etc malam tu ktorg keluar balik jenjalan dekat street luar tu mencari casing water proof phone casing. Mencari kedai yg boleh bagi harga yg paling best and at last jumpa jugak.haha. Tapi itupun belum habis tawar lagi. Malam tu teringin lah merasa beli pancake yang famous katanya dekat sana.  Merasa lah gerai yg first pergi


Banana + Nutelaa = 60BHT


Lepas dah NGAPPPPPPP! Jenjalan laaaagi & lagi sampai lah haus tak terkira.hahah. Myinggah ke 7E dorang mencari air masak.hehe. Sorang amik coffee, sorang lagi amik mineral water. Then ktorg dua continue the journey which heading back to the hotel. Sambil jalan ktorg ditemani dengan live band gitchuwwww. Syok ooo.hahaha. So yeahhhh DAY 1 SETTLED! Continueeeeee.






TOTAL DAMAGED :
7323BHT/RM 732

1. Taxi to Hotel - 600BHT = RM60
2. Simcard  - 140BHT = RM14
3. All 4 Package - 5950BHT = RM595
4. Makan - 435BHT = RM 43
5. Tuktuk - 100BHT = RM10
6. Bus - 40BHT = RM4
7. Coffee & Mineral - 58BHT = RM5.8(kut lah,haha korang kira sendiri)






Comments

  1. Sis, kalau saya kena bli. 2 simcard sbb bila on hotspot bateri laju jeweak 😁

    ReplyDelete

Post a Comment

If you have any questions or anything please drop here. Wassalam :)

Popular posts from this blog

Salam Aidiladha 2012

Assalamualaikum sayang-sayangku sekalian :) Maaf lah agak terlewat yg banyak untuk buat entry pasal raya aidiladha.hehe.Maaf tapi takpa,cerita tetap cerita.hehe.Pada hari kejadian iaitu sambutan hari raya aidiladha Eka dan keluarga hanya sambut di sini shja tak balik kampung pun.Kami beraya bersama keluarga disini sahaja.Pagi-pagi bangun mandi sunat kemudian melangkahkan kaki ke masjid Nurul Yaqin utk menunaikan solat sunat aidiladha.Alhamdulillah ramai jugak yang hadir di masjid tu.:) Semua orang tahu apabila kita menyambut hari raya aidiladha mesti akan muncul difikiran kita lembu "korban" tetapi pada hari itu takda korban lembu dijalankan,mereka tunda tak silap ke hari sabtu sebab Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari jumaat.:)  Sesudah menunaikan solat di masjid Eka & mama menikmati masa bersama dengan makan lemang bersama-sama. Kemudian Eka ambil keputusan utk menghantar sedikit lemang dengan rendang & serunding kepada En.K di office sebab pada hari it...

Butter Chicken Recipe #ekamasakweh

Taraaaaaaa! Homemade Butter Chicken yang Dap dap dap ! Disebabkn selalu pi mkn Gold Chili kan, so buat diri ni nak masak sendiri je, tapi menggunakan ayam lah.hehe. Saya share ye & resipi ni iols follow dari Ig @einaazman jew. haha. Before ni buat tak menjadi, kali ni buat but OVER PEDASSSS! Sooo takpa ada video kat atas korang nengok ler.hihi ** for the best view mohon nengok dekat  Ig iols @ekaafarhana. aaaaa tak cantik pulak upload sini . Bahan- bahannya : 1) Ayam ke, Sotong ke, Udang ke ikut suka hati (tapi klau pilih Ayam make sure ayam tu pilih boneless & dipotong kecik-kecik and nk sonang lagi pilih bahagian "breast" ) 2) Tepung Jagung 3) Susu Sejat (tak kisah brand apa pun) 4) Cili Padi ( merah ke hijau ikut taste korang ) 5) Bawang Putih ( ikut ler nk berapa ulas potong, iols suka bnyak, so hritu 4/5 ulas jugak, cincangkn dia ye) 6) Mentega ( iols pilih brand Buttercup ) 7) Daun Kari ( ikut nk campak bnyak mana ) Dah a...

Selamat Hari Isnin

Sedikit perkongsian yang sempat diambil dari kuliah maghrib, pengajian berkitab, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, 13/5/14, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.  [  Membicarakan akhlak terpuji Rasulullah SAW .] • Rasulullah SAW mengajar  kita membahagikan masa kepada tuan empunya hak. • Tunaikanlah masing-masing akan haknya. • Masa Rasulullah SAW dibahagi kepada 3 bahagian iaitu : - 1 bahagian untuk Allah SWT yakni waktu untuk beribadah kepada Yang Esa - 1 bahagian untuk keluarga yakni memenuhi hak isteri-isteri dan anak-anak baginda - 1 bahagian untuk diri yakni waktu untuk baginda sendiri • Dari 1 bahagian untuk diri, Rasulullah SAW membahagikan kepada 2 bahagian pula iaitu untuk dirinya sendiri dan untuk orang lain yakni orang yang berhajat berjumpa dengan baginda. • Rasulullah SAW tidak berjumpa dengan seseorang melainkan memuaskan hati orang yang dijumpainya (sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang mereka adukan...