Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Selamat Hari Isnin

Sedikit perkongsian yang sempat diambil dari kuliah maghrib, pengajian berkitab, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, 13/5/14, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.  [  Membicarakan akhlak terpuji Rasulullah SAW .] • Rasulullah SAW mengajar  kita membahagikan masa kepada tuan empunya hak. • Tunaikanlah masing-masing akan haknya. • Masa Rasulullah SAW dibahagi kepada 3 bahagian iaitu : - 1 bahagian untuk Allah SWT yakni waktu untuk beribadah kepada Yang Esa - 1 bahagian untuk keluarga yakni memenuhi hak isteri-isteri dan anak-anak baginda - 1 bahagian untuk diri yakni waktu untuk baginda sendiri • Dari 1 bahagian untuk diri, Rasulullah SAW membahagikan kepada 2 bahagian pula iaitu untuk dirinya sendiri dan untuk orang lain yakni orang yang berhajat berjumpa dengan baginda. • Rasulullah SAW tidak berjumpa dengan seseorang melainkan memuaskan hati orang yang dijumpainya (sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang mereka adukan...